Tuesday, April 28, 2009

Kekacauan Minda

Salam

Hari ni aku nak tulis post banyak2 sebab aku cam takde mood nak study const. law yang buat kepala aku pusing tu. Kemungkinan aku akan di-'sound' oleh cik emy juga sangat tinggi hari ni sebab tak study. My day starts miserably. Mula2 tak cukup tido sebab aku kepanasan. Roommate aku slowkan kipas sebab katil dia kat atas dan dia tak tahan sejuk. Maka aku yang kat bawah ni pun kepanasan la. Pastu aku bangun awal dari masa yang sepatutnya aku bangun sebab mak aku tepon risau dengan anak dia yang tak brape sihat ni. Lepas borak2 aku ingat nak tido balik tapi tak boleh. Aku juz dapat tido yang tak lena je.

Masa tengah tido yang tak lena tu, tetiba lak perut aku ni buat perangai. Sakit tahap petala kelapan. Dah la sakit yang kejap datang, kejap hilang. So aku tido pun ikut frekuensi kesakitan tu. Siap macam2 posisi aku tido nak hilangkan sakit tu. Last2 aku g toilet. Pastu baru lega ckit. Itu pun sakit ade lagi. In fact, sekarang ni pun perut aku masih buat perangai lagi.
Hari ni aku terlepas lunch sebab bangun lewat plus tak rasa nak makan sebab sakit perut tu. Hari ni memang aku buat rekod mandi 'pagi' paling lewat selama aku hidup kat kolej ni. Dah abes mandi cadangnya nak study. Tapi bila tengok timbunan nota yang aku kena sort out atas meja study ni, terus mati niat. Seriusly, bila korang dah start hari dengan teruk korang takkan ada mood nak buat benda yang mencabar minda dan fizikal lepas tu. Kepala pun tengah weng2 ckit.
Lepas ni aku nak post pasal benda lain plak. Tengah2 weng ni keinginan nak tulis post sangat la kuat.

2 comments:

emeliakontesa said...

teacher....

anda kne study yer...

sbb anda kne explain kt kiteorng nie plak..

hahhahhahaa....

hanya anda memahami law tanpa bukak notes law n hanya membaca the star d bbg...

DoT dOt DoT said...

ohoho,aku x layak utk dipanggil teacher....sama2 la kita mengajar dan diajar ek....

i2 la, mse lecturer ajar xnk dgr...ehehe