Wahai adik2 ku 'sayang',
Sedarlah bahawa apa yang anda lakukan itu tidaklah cool, sweet, 'perkara biasa' dan seangkatan dengannya
Sesungguhnya kami akak2 yang tak cool ni sangat la meluat tengok aksi2 anda
Gelaran pelajar universiti bukanlah lesen untuk anda melakukan apa yang anda lakukan
Anda fikir anda sudah cukup dewasa dan layak lakukan apa sahaja yang anda ingin lakukan?
Sungguhlah tidak matang pemikiran sebegitu
Kepada sang wanita, begitu murahkah harga diri anda?
Boleh dipegang sesuka hati atas lesen 'cinta'?
Merelakan kerana itu 'perkara biasa'?
Membiarkan kerana kononnya anda tahu batasnya dan mampu menolak jika si dia meminta sesuatu yang berharga, lebih berharga dari wang ringgit, dari anda?
Jika ditegur akan berkata "owh, saya bukan seperti wanita2 lain di luar sana yang terjebak terlalu jauh"?
Heh.
Konon.
Kepada sang lelaki, anda punyai 9 akal, silalah gunakan sebaiknya untuk mengwal 1 nafsu itu
Anda suka jika adik, kakak, atau saudara perempuan terdekat anda dilakukan sebegitu rupa oleh lelaki lain?
Mungkin juga anda dari famili yang 'open'
"owh, parents saya tak kisah tentang perkara ni, buat apa anda mahu kisah"
"owh, kakak dengan adik saya pun tak kesah lelaki mahu perlakukan dia begitu"
Tak kisahlah kalau famili anda begitu, kan?
Bayangkan jika anda berkahwin dan punyai anak perempuan satu hari nanti, mahukah anda biarkan lelaki2 memegang anak perempuan anda itu sesuka hati?
Tolong la jangan gunakan alasan "ala, dia tak kisah saya perlakukan dirinya begitu" jika ditegur
Alasan bodoh.
Kata je akal 9. Cheh.
Kelak jika kami yang tak cool ni menegur, jangan dikata kami cemburu
Buat apa kami cemburu dengan anda yang kurang harga diri?
Sesungguhnya kami2 sudah banyak saksikan drama swasta di sini
Dan kesudahannya tak pernah seperti yang anda bayangkan
Mereka yang bertahan pula langsung tidak pernah berkelakuan seperti anda
Percayalah, kami2 yang tak cool ini juga pernah bertemu sendiri wanita2 yang pernah tumbang dek kerana mabuk cinta
Permulaan ceritanya semua lebih kurang sama
"mula2 kami 'biasa' je"
"kami suka2 je"
"ye kami suka sama suka dan atas kerelaan sendiri"
Taknak percaya? Saya ada rakaman temubual kalau nak
Dan kesudahannya semua sama, sang lelaki taknak bertanggungjawab
Anda mahu terjadi begitu?
7 comments:
ok sgt suke entry nie
nk je sruh adik2 tu bce~~
kami y xcool tu mmg cool~~
wahahahah
pesanan dari akak...
oh saya juga suka entry ini!
saya sokong.
harap sgt a'adik2' bace entry ni...
cerimanis:ahaha, print pas2 letak kt meja diorang...ehehe
yen: ye, pesanan ikhlas dari akak2 sume....
hannah: yes, ada penyokong gak...ehehe
me: klu diorang x bukak blog ni, print je entry ni lekat kat mana2 yg diorang bleh nmpak...huhu
i like!!tp tula..'diowg' cm xsyg dri sndri..kte xpna tgk agy tp da slalu sgt dgr owg mengate..
saya dh prnh nmpk dpn mata sendiri tapi x brani nk buat assumption sbb nmpk pun sekilas lalu je....huhu....mmg xsyg diri...haish
Post a Comment